Welcome to BIT
 

Aktiviti Khidmat Masyarakat BIT bersama Pondok Tahfiz Ar-Raudhah, Kelantan.

Isnin, 8 Disember 2008 hingga Rabu, 10 Disember 2008.

 

Qurban BITBuat julung kalinya organisasi BIT menganjurkan program Khidmat Masyarakat bersama warga pondok Tahfiz Ar-Raudhah serta  penduduk kampung. Aktiviti ini diadakan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha bertempat di Pondok Tahfidzul Qur’an Ar-Raudhah, Kampung Perol, Kota Bharu, Kelantan. Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 8 Disember 2008 (Isnin) hingga 10 Disember 2008 (Rabu).

Program ini adalah dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada BIT khasnya untuk membantu dan meraikan Hari Raya Aidiladha bersama-sama warga pondok tahfiz dan penduduk Kampung di sana. Sedikit sebanyak dari program ini dapat memberikan pengalaman dan suasana hidup penduduk kampung dan cara hidup anak-anak Tahfiz. Pondok Tahfidzul Qur’an Ar-Raudhah di Kampung Perol ini baru dibina oleh organisasi BIT bertujuan untuk memberi kemudahan penduduk kampung untuk melaksanakan ibadah, program-program kerohanian dan memberi peluang kepada anak-anak untuk menuntut ilmu agama.

Di pagi hari raya, warga BIT yang mengikuti program ini mengerjakan sembahyang sunat hari raya di Pondok Tahfiz Ar-Raudhah bersama penduduk kampung. Selepas selesai mengerjakan sembahyang sunat hari raya, kami menziarahi rumah-rumah warga BIT yang tinggal di kawasan tersebut bagi mewujudkan suasana menyambut hari raya yang mulia ini.

Qurban

 

 

 

 

 

 

Pada hari raya kedua, kami bersama penduduk kampung mengerjakan ibadah Qur’ban. Tahun ini pihak BIT mengorbankan 5 ekor lembu. Acara ini dijalankan di pondok tersebut secara bergotong-royong. Setiap orang melaksanakan tugas mereka di dalam aktiviti ini seperti menyembelih, melapah, menyediakan bahan-bahan untuk masakan dan sebagainya. Setelah penat mengerjakan acara Qur’ban ini, kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh penduduk Kampung Perol. Program ini telah berjalan dengan lancarnya sehingga petang.

 Qurban

 

 

 

 

 

 

Hari raya ketiga, kami mengerjakan aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung untuk membersihkan surau dan pondok Tahfiz tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya aktiviti membersih surau, menebang dan menanam pokok depu di sekeliling pondok tersebut dan aktiviti sebagainya. Alhamdulillah, kesemua aktiviti ini telah berjaya disempurnakan dengan baik.

 

IBUS Login

Business Information Technology (M) Sdn. Bhd.

25, Jalan USJ 9/5M, UEP Subang Jaya, 47620 Selangor Darul Ehsan.
  • Support Hotline : +603-8024 2946
  • Fax : +603-8024 1464